Assalamualaikum...=)
Alhamdulillah, bertemu lagi kita ya...=) Hmmm...nampaknya, sepanjang saya duduk kat rumah ni, saya akan update blog tiap-tiap hari la...kenapa?? Sebab tak tahu dah nak buat apa...hehe...ok, sebenarnya, saya nak cerita kat sahabat-sahabat pasal program yang akan saya ikuti sepanjang cuti 4 bulan ni...insyaAllah...
Ok, program pertama yang akan saya ikuti adalah program under HEP iaitu Program Mahasiswa Jauhi Dadah...hmmm...mula-mula saya ingatkan program ni ala-ala membosankan...tapi lepas salah seorang mantan PERDAMA (Perkumpulan Siswa/i Pahang Darul Makmur) cakap aktivitinya lebih ke arah outdoor...contohnya macam flying fox, berkayak dan sebagainya...waaaa...seronok-seronok...saya sangat suka aktiviti yang macam ni...huhu...jadi, kepada sesiapa yang fikir saya seorang yang ayu, anda silap besar...hehe...insyaAllah, moga-moga program ni menyeronokkan...owh ya, lupa nak bagitahu, program ni akan dijalankan di Sedim Eco Theme Park & Resort, Kulim, Kedah pada 16 hingga 18 Mei 2011...insyaAllah...
*pic from Google*
Seterusnya, program ke-2 adalah menjadi faci di KMPh (Kolej Matrikulasi Pahang) iaitu matrik yang saya belajar dulu sebelum masuk ke USM...=) Fahana, kenapa awak tiba-tiba jadi faci ni?? Sebabnya sahabat-sahabat, nantikan dalam 23 Mei nanti, pelajar-pelajar baru akan masuk ke KMPh, jadi, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu meringankan beban lecturer saya yang dulu iaitu En.Adam (lecturer Math sem 1)...sebelum ni saya dah pernah jadi faci di matrik ni, tapi masa tu saya jadi faci under PRD (Pembimbing Rakan Dinamik)...jadi sekarang ni, saya jadi faci yang senior la...hehe...sebab lain kenapa saya nak jadi faci lagi adalah, saya nak jumpa Cik Khairul Bariyah (lecturer Math sem 2)...sangat rindu pada dia...sekarang ni, bila saya cuba hubungi dia, dah tak dapat...jadi, saya harap, bila saya ada di matrik nanti, saya berkesempatan untuk jumpa lecturer saya ni...insyaAllah...haaa...saya akan pergi ke KMPh pada 19 Mei...sepatutnya kena lapor diri pada 18 Mei tapi disebabkan 18hb tu saya masih berada di utara, jadi saya pun bagitahu En.Adam untuk datang ke matrik pada tengah hari 19 hb...saya akan berada di matrik selama seminggu lebih iaitu bermula 19 sehingga 27 Mei 2011...insyaAllah...=)

*masa jadi faci junior*
*dari kiri : echah, (anis)anis farhana, saya(fahana) n kak farhana*
Ok, seterusnya, saya akan berehat selama sebulan sebelum meneruskan program ke-3, iaitu Program Baktisiswa di Kampung Merapoh, Kuala Lipis, Pahang under PERDAMA...program ni akan berlangsung pada 29 Jun sehingga 3 Julai 2011...sebenarnya ni adalah program kemuncak daripada segala program yang saya sertai kerana program ini, kami (ahli PERDAMA) yang uruskan...agak takut sebenarnya sebab ini adalah program pertama yang kami handle...tapi syukurlah, mantan-mantan PERDAMA sentiasa bersedia untuk membantu kami yang masih kekurangan ilmu ni...=) Moga-moga dipermudahkan segala urusan dan saya sangat berharap program ini akan berjaya...insyaAllah...aminnn...=)
Dan program terakhir adalah program Lawatan Sambil Belajar...eh, eh, jangan salah faham...program ni, saya bukan jadi peserta tapi jadi ala-ala tour guider la...hehe...saya tidak keseorangan kerana saya akan ditemani oleh 3 orang lagi rakan saya yang juga MT PERDAMA...=) Sebenarnya ada pelajar sekolah pendidikan khas dari Pahang akan datang ke USM...tapi mereka tak nak kami adakan program, mereka ingin kami membawa mereka berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pinang ni...seronok-seronok...saya suka part-part berjalan-berjalan ni...saya pun boleh la melawat sekali tempat-tempat yang saya tak pernah pergi...eh, eh, sahabat, ni bukan ambil kesempatan yer, tapi ni rezeki...alhamdulillah...haa...kami akan bertolak dari Pahang ke USM berkemungkinan pada malam 4 Julai sebab 5 Julai tu, mereka akan bertolak ke Penang...jadi kami harus bersiap sedia untuk menyambut kedatangan mereka...insyaAllah...mereka akan berada di USM pada 6 dan 7 Julai 2011...=)
Dengan itu, tamat la program yang akan saya ikuti...sebenarnya, saya dapat tawaran untuk pergi ke Kem Pimpin Siswa Lanjutan under HEP dalam bulan Jun ni, tapi berkemungkinan besar saya terpaksa tolak sebab saya nak uruskan pasal program baktisiswa...sekiranya diberi pilihan, semestinya saya nak join kem pimpin ni, tapi apakan daya...untuk mendapatkan sesuatu yang besar, saya mesti korbankan sesuatu yang saya sayang...=) Seterusnya, bulan 8, seluruh umat Islam di muka bumi ini akan menjalani ibadah puasa selama sebulan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan 8...insyaAllah...=)
Jadi, kesimpulan yang boleh saya buat di sini adalah, saya suka mensibukkan diri saya kerana saya tak nak sepanjang cuti ni, saya tak menimba sebarang pengalaman...insyaAllah, moga-moga setiap program yang akan saya ikuti ini berjalan dengan lancar dan diredhai-Nya...aminnn...[Sebenarnya agak sedih akan ditinggalkan oleh En. Kumbang selama 2 minggu sebab beliau akan ke Cambodia...jadi saya tak boleh nak menghubungi beliau bermula daripada Ahad ini... :'( ]
Ok, sampai di sini dulu sahabat...moga ketemu lagi...insyaAllah...wassalam...=)
*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*
wah..farhana! byknye join aktiviti..mcmane nk aktif gk ni,,huhu.. btw, dh ade en.kumbang,,nice~~ :)
ReplyDelete~tak susah sebab kita just masuk je program yg HEP buat or yg ssape anjurkan cthnyer mcm PERDAMA(eh, terpromote persatuan sediri plak...hehe...)
ReplyDelete~En.Kumbang??hehe...thankiu...=)
hahaha.. semoga berjodoh hingga ke akhir hyt ye insyaAllah .. ^^
ReplyDelete