Saturday, April 28, 2012

Keyakinan hanya pada-Nya...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t. ...


Sebenarnya nak update blog 25hb iaitu hari Rabu baru-baru nie tapi ada beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, tapi alhamdulillah, malam nie Allah bagi kekuatan nak menaip dan berkongsi sedikit, insyaAllah, sesuatu yang moga-moga memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah...=)

Saya nak berkongsi sedikit tentang keyakinan kita kepada Allah. Cuba tanya diri kita sendiri, sebanyak manakah kita meletakkan keyakinan atau kebergantungan kepada Allah?? Kita sebenarnya wajib meletakkan keyakinan dan kebergantungan kita 100% hanya kepada Allah, di samping kita berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan akhir sekali barulah kita bertawakkal kepada Allah. InsyaAllah, cepat atau lambat, jika kita telah berusaha setimpal dengan apa yang kita hajatkan dan berdoa, Allah pasti akan memakbulkan. InsyaAllah. 


Tapi, dalam masa yang sama, jika Allah tidak memakbulkan doa kita, jangan terus membuat kesimpulan bahawa Allah tidak sayangkan kita, tetapi, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Mungkin, bagi Allah, sesuatu yang kita hajatkan itu, sebenarnya tidak baik untuk kita, seperti yang tercatat dalam hadis ini :

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)

 Jadi, apa yang boleh kita simpulkan di sini, Allah tidak akan pernah mengecewakan setiap hamba-hamba-Nya. Setiap yang Dia lakukan dan berikan, semuanya adalah yang terbaik untuk kita. Maha Suci Allah, Dia sentiasa memberi apa yang kita inginkan, tapi, adakah kita sudah lakukan apa yang Allah perintahkan?? MasyaAllah. Saya yakin, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah atas kehendak-Nya. Allah ada berfirman, yang bermaksud :

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji."

[Surah Fatir, ayat 15]

Ya, betul. Semuanya yang berlaku, atas kehendak-Nya. =') Syukur alhamdulillah kerana kita diberikan nikmat Islam ini. Oh, ya, bercakap tentang kebergantungan tadi, ada satu hadis : 

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi." (Riwayat al-Haithami)


Saya peroleh hadis ini daripada buku 101 Rekreasi Hati daripada Dr.Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar. Buku ini berkenaan dengan hadis-hadis Nabi, di samping disertakan sekali ilustrasi yang menarik. =) 

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah usahlah kita hanya mengharap bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri. Yang utamanya, kita mestilah berusaha, kemudian berdoa dan disertakan dengan tawakkal. Allah tidak pernah mensia-siakan usaha hamba-Nya, melainkan Dia menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Wallahualam.

Semoga bertemu lagi ya. InsyaAllah. Wassalam.

Jaga hati. Jaga Iman. Jaga akhlak.

p/s : Kepada teman, semoga kita sentiasa kuat dalam menjaga hubungan ini. InsyaAllah, kerana Allah masih sayangkan kita, Allah kirimkan sahabat-sahabat ini untuk peringatkan apa yang mungkin kita terlupa. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah kerana mengirimkan sahabat-sahabat ini. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan juga kepada kamu teman. Saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat dan teman yang memahami Islam dengan baik. Alhamdulillah. =)

Saturday, February 25, 2012

Alhamdulillah...=')

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t. ..

Apa khabar sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah lindungan Allah?? InsyaAllah...semoga semuanya sihat-sihat hendak-Nya...aminnn...=) Mohon maaf kerana sudah lama tidak meng-update blog...terlalu banyak vitamin M dalam diri ini...hehe...=) Semoga lepas ini, saya akan lebih rajin meng-update blog ini...insyaAllah...

Entry malam ni edisi khas dibuat untuk Encik Kumbang bersempena dengan satu tahun usia perkenalan kami...alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, hubungan ini masih terjalin dengan restu ibu bapa kedua-dua belah pihak dan mudah-mudahan mendapat restu daripada Yang Maha Berkuasa...aminnn...=)

*bertemu dengan keluarga saya di USM

Perkenalan kami bukanlah sesuatu yang dirancang oleh insan yang bergelar manusia tetapi ini adalah ketentuan daripada Yang Maha Esa...syukur alhamdulillah kerana dipertemukan dengan seorang insan yang sudi menerima diri ini seadanya...terlalu banyak kelemahan yang ada dalam diri ini, sehingga terkadang berasakan diri ini sedikitpun tidak layak untuk sesiapa kerana diri ini terlalu hina dan kerdil di mata Allah, apatah lagi di mata manusia...

Bukan tidak percaya kepada sahabat, tapi pada saya, tidak semua kisah silam itu perlu dihebah-hebahkan untuk tatapan umum kerana ia akan membuka aib sendiri...cukuplah saya, Allah dan seorang insan yang bergelar teman yang tahu masa lalu saya...terlalu sakit, pedih, sedih dan benci jika diimbaskan kembali...syukur alhamdulillah kerana saya masih ada Allah yang sentiasa di sisi di saat susah mahupun senang saya...ya, saya yakin dengan firman Allah yang disebut di dalam al-Quran, maksudnya : 'Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.'...alhamdulillah, Allah tidak pernah lupakan hamba-hambanya tapi kita yang selalu lalai...ampunkan hamba-Mu ini ya Rabb...='(

Di samping bersama sahabat-sahabat, berkenalan dengan seorang insan yang bergelar teman ini merupakan kenangan manis untuk dikenang...dia mengajar saya banyak perkara terutama hal-hal yang berkaitan dengan mengingati Allah...dia sentiasa peringatkan saya, selalu ingat Allah...terima kasih teman...=)

Bercakap hal kahwin, semua manusia yang dikurniakan akal pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan mendapat redha Allah...insyaAllah...memandangkan kedua-duanya masih belajar, kami membuat keputusan untuk belum mengikat sebarang ikatan yang sah...alhamdulillah, ibu bapa kedua-dua belah pihak faham akan situasi ini dan sentiasa peringatkan kami untuk menjaga hubungan ini...

Syukur alhamdulillah kerana faham akan tanggungjawab untuk keluarga masing-masing, kami bertekad untuk tidak membebankan keluarga dan mula menabung untuk masa hadapan...insyaAllah...=) Harapan saya tidak banyak, saya cuma mengharapkan hubungan ini sentiasa diredhai ibu bapa kedua-dua belah pihak dan Allah terutamanya...meskipun usia perkenalan ini baru mencecah satu tahun, tetapi, segala rasa sakit, sedih dan pedih yang dihadapi, alhamdulillah, dapat di atasi dengan baik...semestinya, hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Syukur alhamdulillah juga, kerana mengenalinya juga, banyak yang dapat saya pelajari tentang hidup ini...bukan saya tidak mendapat apa-apa daripada orang lain, tetapi percayalah, setiap makhluk ciptaan Allah itu sangat indah...terlalu banyak untuk dipelajari dalam hidup ini, jangan cepat mengeluh (peringatan untuk diri sendiri)...=')

Terlalu banyak untuk dicoretkan di sini tapi biarlah ia menjadi kenangan di dalam hati dan semestinya, biarlah hanya Allah yang tahu dan memahaminya...semoga hubungan ini akan terus kekal sehingga terjalinnya satu ikatan yang sah antara kami dan semoga Allah sentiasa menjaga hati, akhlak dan iman kami...insyaAllah...aminnn...

Semoga apa yang kami rancang juga, seiring dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah...sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang...tiada lain yang saya harapkan melainkan kebahagiaan keluarga kami...aminnn...coretan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kepada tatapan umum, ia cuma sekadar penghargaan untuk si dia yang bergelar teman kerana sentiasa sabar dalam menghadapi diri ini yang penuh dengan kerenah...

Wallahualam...semoga kita bertemu lagi...insyaAllah...

Wassalam...=)

p/s : Abang, terima kasih dan minta maaf untuk segalanya...setiap kekurangan yang ada dalam diri ini, insyaAllah, akan terus diperbaiki...semoga kita sama-sama menjadi yang terbaik di mata Allah...insyaAllah...aminnn...


*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*