Saturday, April 28, 2012

Keyakinan hanya pada-Nya...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t. ...


Sebenarnya nak update blog 25hb iaitu hari Rabu baru-baru nie tapi ada beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, tapi alhamdulillah, malam nie Allah bagi kekuatan nak menaip dan berkongsi sedikit, insyaAllah, sesuatu yang moga-moga memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah...=)

Saya nak berkongsi sedikit tentang keyakinan kita kepada Allah. Cuba tanya diri kita sendiri, sebanyak manakah kita meletakkan keyakinan atau kebergantungan kepada Allah?? Kita sebenarnya wajib meletakkan keyakinan dan kebergantungan kita 100% hanya kepada Allah, di samping kita berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan akhir sekali barulah kita bertawakkal kepada Allah. InsyaAllah, cepat atau lambat, jika kita telah berusaha setimpal dengan apa yang kita hajatkan dan berdoa, Allah pasti akan memakbulkan. InsyaAllah. 


Tapi, dalam masa yang sama, jika Allah tidak memakbulkan doa kita, jangan terus membuat kesimpulan bahawa Allah tidak sayangkan kita, tetapi, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Mungkin, bagi Allah, sesuatu yang kita hajatkan itu, sebenarnya tidak baik untuk kita, seperti yang tercatat dalam hadis ini :

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)

 Jadi, apa yang boleh kita simpulkan di sini, Allah tidak akan pernah mengecewakan setiap hamba-hamba-Nya. Setiap yang Dia lakukan dan berikan, semuanya adalah yang terbaik untuk kita. Maha Suci Allah, Dia sentiasa memberi apa yang kita inginkan, tapi, adakah kita sudah lakukan apa yang Allah perintahkan?? MasyaAllah. Saya yakin, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah atas kehendak-Nya. Allah ada berfirman, yang bermaksud :

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji."

[Surah Fatir, ayat 15]

Ya, betul. Semuanya yang berlaku, atas kehendak-Nya. =') Syukur alhamdulillah kerana kita diberikan nikmat Islam ini. Oh, ya, bercakap tentang kebergantungan tadi, ada satu hadis : 

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi." (Riwayat al-Haithami)


Saya peroleh hadis ini daripada buku 101 Rekreasi Hati daripada Dr.Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar. Buku ini berkenaan dengan hadis-hadis Nabi, di samping disertakan sekali ilustrasi yang menarik. =) 

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah usahlah kita hanya mengharap bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri. Yang utamanya, kita mestilah berusaha, kemudian berdoa dan disertakan dengan tawakkal. Allah tidak pernah mensia-siakan usaha hamba-Nya, melainkan Dia menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Wallahualam.

Semoga bertemu lagi ya. InsyaAllah. Wassalam.

Jaga hati. Jaga Iman. Jaga akhlak.

p/s : Kepada teman, semoga kita sentiasa kuat dalam menjaga hubungan ini. InsyaAllah, kerana Allah masih sayangkan kita, Allah kirimkan sahabat-sahabat ini untuk peringatkan apa yang mungkin kita terlupa. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah kerana mengirimkan sahabat-sahabat ini. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan juga kepada kamu teman. Saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat dan teman yang memahami Islam dengan baik. Alhamdulillah. =)

Saturday, February 25, 2012

Alhamdulillah...=')

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t. ..

Apa khabar sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah lindungan Allah?? InsyaAllah...semoga semuanya sihat-sihat hendak-Nya...aminnn...=) Mohon maaf kerana sudah lama tidak meng-update blog...terlalu banyak vitamin M dalam diri ini...hehe...=) Semoga lepas ini, saya akan lebih rajin meng-update blog ini...insyaAllah...

Entry malam ni edisi khas dibuat untuk Encik Kumbang bersempena dengan satu tahun usia perkenalan kami...alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, hubungan ini masih terjalin dengan restu ibu bapa kedua-dua belah pihak dan mudah-mudahan mendapat restu daripada Yang Maha Berkuasa...aminnn...=)

*bertemu dengan keluarga saya di USM

Perkenalan kami bukanlah sesuatu yang dirancang oleh insan yang bergelar manusia tetapi ini adalah ketentuan daripada Yang Maha Esa...syukur alhamdulillah kerana dipertemukan dengan seorang insan yang sudi menerima diri ini seadanya...terlalu banyak kelemahan yang ada dalam diri ini, sehingga terkadang berasakan diri ini sedikitpun tidak layak untuk sesiapa kerana diri ini terlalu hina dan kerdil di mata Allah, apatah lagi di mata manusia...

Bukan tidak percaya kepada sahabat, tapi pada saya, tidak semua kisah silam itu perlu dihebah-hebahkan untuk tatapan umum kerana ia akan membuka aib sendiri...cukuplah saya, Allah dan seorang insan yang bergelar teman yang tahu masa lalu saya...terlalu sakit, pedih, sedih dan benci jika diimbaskan kembali...syukur alhamdulillah kerana saya masih ada Allah yang sentiasa di sisi di saat susah mahupun senang saya...ya, saya yakin dengan firman Allah yang disebut di dalam al-Quran, maksudnya : 'Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.'...alhamdulillah, Allah tidak pernah lupakan hamba-hambanya tapi kita yang selalu lalai...ampunkan hamba-Mu ini ya Rabb...='(

Di samping bersama sahabat-sahabat, berkenalan dengan seorang insan yang bergelar teman ini merupakan kenangan manis untuk dikenang...dia mengajar saya banyak perkara terutama hal-hal yang berkaitan dengan mengingati Allah...dia sentiasa peringatkan saya, selalu ingat Allah...terima kasih teman...=)

Bercakap hal kahwin, semua manusia yang dikurniakan akal pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan mendapat redha Allah...insyaAllah...memandangkan kedua-duanya masih belajar, kami membuat keputusan untuk belum mengikat sebarang ikatan yang sah...alhamdulillah, ibu bapa kedua-dua belah pihak faham akan situasi ini dan sentiasa peringatkan kami untuk menjaga hubungan ini...

Syukur alhamdulillah kerana faham akan tanggungjawab untuk keluarga masing-masing, kami bertekad untuk tidak membebankan keluarga dan mula menabung untuk masa hadapan...insyaAllah...=) Harapan saya tidak banyak, saya cuma mengharapkan hubungan ini sentiasa diredhai ibu bapa kedua-dua belah pihak dan Allah terutamanya...meskipun usia perkenalan ini baru mencecah satu tahun, tetapi, segala rasa sakit, sedih dan pedih yang dihadapi, alhamdulillah, dapat di atasi dengan baik...semestinya, hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Syukur alhamdulillah juga, kerana mengenalinya juga, banyak yang dapat saya pelajari tentang hidup ini...bukan saya tidak mendapat apa-apa daripada orang lain, tetapi percayalah, setiap makhluk ciptaan Allah itu sangat indah...terlalu banyak untuk dipelajari dalam hidup ini, jangan cepat mengeluh (peringatan untuk diri sendiri)...=')

Terlalu banyak untuk dicoretkan di sini tapi biarlah ia menjadi kenangan di dalam hati dan semestinya, biarlah hanya Allah yang tahu dan memahaminya...semoga hubungan ini akan terus kekal sehingga terjalinnya satu ikatan yang sah antara kami dan semoga Allah sentiasa menjaga hati, akhlak dan iman kami...insyaAllah...aminnn...

Semoga apa yang kami rancang juga, seiring dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah...sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang...tiada lain yang saya harapkan melainkan kebahagiaan keluarga kami...aminnn...coretan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kepada tatapan umum, ia cuma sekadar penghargaan untuk si dia yang bergelar teman kerana sentiasa sabar dalam menghadapi diri ini yang penuh dengan kerenah...

Wallahualam...semoga kita bertemu lagi...insyaAllah...

Wassalam...=)

p/s : Abang, terima kasih dan minta maaf untuk segalanya...setiap kekurangan yang ada dalam diri ini, insyaAllah, akan terus diperbaiki...semoga kita sama-sama menjadi yang terbaik di mata Allah...insyaAllah...aminnn...


*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*

Thursday, July 21, 2011

Azam Sebelum Tahun Baru...

Assalamualaikum...=D

Syukur alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk tulis blog petang nie...hmm...agak2 dah berapa lama yer saya tak update blog nie...ada nak dekat2 sebulan tak?? Biasalah, bila dah banyak program itu, program ini yang nak kena pergi, jadi, nak update blog pun
tak sempat dah...apatah lagi bila ada ujian hati menimpa...tapi syukurlah, semuanya dapat diselesaikan dengan baik...alhamdulillah...terima kasih kepada Dia sebanyak-banyaknya...=)


Okay, tengok pada tajuk petang nie, saya nak kongsi sikit dengan semua tentang azam saya selepas saya balik daripada Program Baktisiswa Sesaat Bersama Sehayat Terasa kat SMK Merapoh, Kuala Lipis lebih kurang sebulan yang lalu...

Meh sini saya nak senaraikan apa azam saya sebelum tahun baru nie...:

1. Saya nak simpan duit untuk masa akan datang..masa akan datang?? Oh, maksud saya masa akan datang, saya nak simpan duit untuk :
- Beli kamera DSLR yang diidam-idamkan...(kemungkinan bukan Canon 1000D lagi)
- Tampung pelajaran saya sampai master nanti...insyaAllah...(walaupun degree pun tak abis lagi)...hehe...
- Beli kereta Myvi...(sementara tengah bujang nie)...hehe...=)
- And last but not least, of course la simpan duit untuk kahwin...insyaAllah...doakan ya semua...=D

2. Saya nak BERUBAH, saya nak BERUBAH!!!
- Saya nak berubah ke arah yang lebih baik...saya sudah banyak menyusahkan orang lain sebelum nie...saya tak nak susahkan orang lain lagi...saya tak nak orang rasa sedih bila dengan saya...saya nak buat semua orang hepi...(salah satu impian saya)...insyaAllah...
- Saya nak mintak maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati dengan saya terutamanya En.Kumbang...saya mintak maaf kerana kekurangan dan kelemahan diri saya, saya banyak menyusahkan dan membimbangkan kamu...
- InsyaAllah, hanya dengan izin-Nya, saya akan cuba berubah dari semasa ke semasa...dan saya akan cuba menjaga hati saya sebaik-baiknya dan tetap terus setia...ya Allah,bantulah hamba-Mu ini...


3. Saya mesti menjadi seorang yang lebih tegas!!!
- Ya!!! Saya mesti menjadi seorang yang lebih tegas...sudah banyak teguran yang telah saya terima, hanya kerana kepimpinan saya yang lemah...kerana lemahnya saya ini, orang lain lebih senang untuk memijak-mijak saya...seolah-olah saya diperbodohkan oleh diri sendiri...


4. Saya mesti bijak dalam membuat keputusan!!!
- Saya akui, saya kurang bijak dalam membuat keputusan...saya selalu kurang yakin dengan keputusan yang saya sendiri tetapkan, sehingga menyebabkan orang lain menganggap saya ini terlalu bergantung kepada orang lain...saya sedih bila diperkatakan seperti itu, tapi semua itu berpunca daripada ketidakbijaksanaan saya sendiri...=(
- Satu lagi nasihat yang saya terima, saya harus membuat keputusan menggunakan akal yang dikurniakan dan berpandukan al-Quran dan Sunnah, bukan menggunakan nafsu dan emosi semata-mata...

5. Saya mahu menjadi seorang yang lebih rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh!!!
- Azam nie saya selalu tanam setiap kali tahun baru dan setiap kali masuk semester baru...kadang-kadang saya kecewa kerana saya tidak dapat menjadi apa yang saya hasratkan pada semester tersebut...tapi saya yakin, Allah merupakan sebaik-baik perancang...Dia tahu apa yang baik untuk kita...ya!!! Saya yakin tentang itu...=)
- Saya sedih dengan diri sendiri kerana selalu tidur dan bangun lewat...tapi syukurlah solat Subuh saya tak terlepas...terima kasih kepada Dia kerana mengirimkan umi, ayah dan En.Kumbang kepada saya...alhamdulillah...=D Saya mahu jadi seperti anak dara yang lain, bangun di pagi hari, menyiapkan kerja rumah seawal yang mungkin...ini tak, sidai kain pun pukul 11.00...ish3...Fahana Fahana...

6. Saya nak pastikan saya boleh drive kereta seorang2 sebelum masuk semester baru nie!!!
- Waaahhh!!! Bunyi macam berlagakkan...eh, bukan2...saya tak berlagak...saya cuma sedih dengan diri sendiri sebab sudah dekat setahun saya dapat lesen kereta, tapi masih tak lepas drive sorang2...alhamdulillah, sejak beberapa hari nie, ayah dah bagi green light untuk saya pergi ambil dan hantar adik tanpa perlu ditemani ayah...alhamdulillah...terima kasih ayah!!! =D

Okay, setakat ini sajalah azam saya yang saya mahu capai dalam masa terdekat nie...banyak perkara yang perlu saya ubah dalam diri saya nie...saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada :

- Umi dan ayah
- Akak, Apiq, Ain dan Luqman
- En.Kumbang
- Ulala Family (Nabilah, A'lawiah, Aifa, Sarah)
- Sahabat PERDAMA (Ezzah, Ain, Dila, Apen)
- Mantan PERDAMA (Kak Mas, Kak Haini, Kak Ana, Kak Miza, Hadi, Azri)

Kenapa??? Kerana kalian telah banyak bagi saya semangat baru untuk saya terus maju selangkah demi selangkah ke depan...meskipun diri ini selalu jatuh, tapi kalian tetap tidak putus2 dalam memberi dorongan...terima kasih juga kepada kalian kerana telah banyak mengajar dan memberi nasihat kepada saya...alhamdulillah, nasihat kalian saya ambil dari sudut yang positif...dan insyaAllah, saya akan tetap terus berusaha untuk terus maju dalam mengubah diri saya kepada yang lebih baik...aminnn...terima kasih semua...saya sayang semuanya...=D

Okay, sampai di sini sahaja dulu ya...moga ketemu lagi...insyaAllah...wassalam...=D

*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*

Wednesday, June 22, 2011

Muhasabah Diri...


Assalamualaikum...

Moga2 semuanya dalam keadaan sihat sentiasa...aminnn...mesti pelikkan bila tengok saya update waktu2 macam nie...actually, saya tak boleh tidur bila mengenangkan dosa sendiri...


Muhasabah diri...ya, bila saya mula duduk sorang2 tanpa gangguan daripada sesiapa atau apa2pun, saya terfikir, sejauh manakah cinta aku pada Dia yang telah menciptakan aku?? Sejauh manakah rindu aku pada Dia yang telah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepadaku?? Selama manakah sujud aku pada-Nya disaat aku benar2 memerlukan-Nya?? Betapa pemurahnya Dia terhadap hamba2-Nya, Dia tetap memberi rezeki meski terkadang diri ini terleka kerana dunia...

Terkadang saya juga menyedari, "Aku bertudung, menutup aurat, insyaAllah, tapi sudah cukupkah ilmu agama yang ada dalam diri?? Sudah sediakah aku untuk memimpin orang2 yang lebih memerlukan?? Bolehkah aku membantu mereka atau mereka yang akan mengajar aku??"...bila menyedari kelemahan dan kekurangan dalam diri, mula merasakan diri ini sangat2 hina dan sangat kecil...

"Mungkin di luar sana, kamu adalah ketua, kamu mengarah orang lain untuk mengikut arahanmu...tapi adakah kamu sendiri telah menurut segala perintah Allah?? Ya, betul, saya takut untuk mengarah orang lain kerana diri saya terlalu lemah...saya sedikitpun tidak layak untuk menjadi seorang ketua...tapi, kerana ini amanah daripada Allah, saya wajib menjalankannya dengan baik...Ya Allah, moga2 segalanya dipermudahkan...aminnn...

Sesungguhnya, saya takut dengan diri saya sekarang ini...saya takut saya terleka dengan dunia...saya takut saya akan tersungkur sebelum cuba untuk bangun semula...
kawan, sahabat, teman, saya mohon,
tolong sedarkan saya andai saya terleka,
tolong kejutkan saya andai saya tertidur,
tolong bangunkan saya andai saya terlena,
dan tolong ingatkan saya bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja..
saya mohon lagi sekali kawan, sahabat, teman...tolong saya agar saya sentiasa berada pada landasan yang diredhai-Nya...sungguh, saya takut dengan dunia ini...


Saya sangat berharap agar diberi kekuatan dalam mengharungi hidup ini...sungguh, diri ini sangat2 lemah...hanya sedikit godaan dunia, kita bisa melupakan segala-galanya...

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada segala perkara yang bisa menjauhkan aku dari rahmat-Mu...dan jadikanlah hamba2-Mu ini dari golongan orang2 yang bersifat mahmudah dan segala sifat yang Engkau redhai, sesungguhnya, jauhkanlah kami dari sifat2 mazmumah dan segala sifat yang Engkau murkai...aminnn, aminnn, aminnn, ya Rabb'al A'lamin...

InsyaAllah, moga ketemu lagi...wassalam...=)

*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*


Monday, June 20, 2011

Letakkan Rindu Pada Tempat Asalnya...

Assalamualaikum...=)

Okay, hari nie saya nak cakap sikit je...


Hmmm...actually, dari semalam lagi, saya asyik duk teringat je dekat En.Kumbang...nak je cakap yang saya r**** dia...tapi lepas saya baca satu entry nie, barulah saya tersedar semula, sepatutnya saya tak boleh merindui dia melebihi rindu pada Yang Maha Esa...sebelum saya rindukan En.Kumbang, saya mesti meletakkan rin
du saya hanya pada Dia dan merindui En.Kumbang semata-mata hanya kerana Dia...


Yer, betul tue, Fahana...kamu mesti berubah...tak perlu tergesa-gesa...tapi belajarlah...insyaAllah, kamu boleh!!! =) Moga2 Allah permudahkan segala-galanya...aminnn...

En.Kumbang, moga2 kamu, mak and ayah sentiasa sihat dan gembira dalam menjalankan ibadat di sana...saya sentiasa tunggu kamu di sini...=)

Okay, sampai di sini saja dulu...wassalam...=)

*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*

Failed!!!

Assalamualaikum...

Moga2 semuanya sihat ya hari nie...hmmm...tengok tajuk pun, for sure semua dah tahu kan...saya failed!!! Ya, Fahana failed!!! Fail apa??? Saya failed goreng telur dadar...sedihnya...='(

Fahana fahana, apa nak jadi dengan kamu nie...goreng telur dadar je...tue pun tak lepas...ya Allah...haiihhh...memang sah TAK BOLEH KAWEN LAGI!!!

Takpelah Fahana, next time buat yang lebih baik lagi...okay??? Api tue jangan kuat sangat...jangan buat kerja lain waktu goreng tue...nie nak basuh pinggan la, apa la...konon2 rajin la sangat...yer, baik...saya akan lebih hati2 lagi untuk goreng telur lepas nie...insyaAllah...

Okay, dah...stop sedih2 mengenangkan telur dadar tue...sekarang nie, fokus pada kerja PERDAMA kamu...

Okay, sampai di sini dulu...wassalam...

*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*

Saturday, June 18, 2011

Hadiah Birthday...


Assalamualaikum...=)

Apa khabar semuanya?? Moga-moga terus kekal sihat ya...aminnn...=) Hmmm...hari nie saya nak cakap pasal hadiah birthday...sebab jeles tengok hadiah birthday Cik Epal...ce teka beliau dapat apa??? Beliau memperoleh DSLR daripada En. Shaheizy Sam nyer...waaaa....seronoknyaaaa....saya pulak yang rasa nak menjerit....hehe...=D

Okay, sebenarnya saya tak pernah pun berangan dapat hadiah daripada someone special...nak2hadiah yang mahal-mahal macam DSLR nie...tapi bila tengok Cik Epal dapat, fuhhhh...serius, cakap dalam hati, "If aku dapat DSLR nie, aku la orang yang paling bertuah."...eh, ingat senang ke orang nak bagi hadiah ribu-ribuan ringgit nie...bukannya jadi wife secara official pun lagi...

Saya nie pulak, asyik duk berangan je nak ada DSLR sendiri...beli tak jugak...mana taknya, asal semangat tengah membara-bara nak beli DSLR nie, ada cabaran lain yang datang...takpelah, selalu ingatkan dalam diri, "Kalau ader jodoh dengan DSLR tue, insyaAllah, ader la...cuma cepat or lambat je..."...waahhh...macam nak kahwin je dengan DSLR tue kan...hehe...

Tapi, honestly, sampai sekarang masih mengharap saya akan ada DSLR sendiri dan dibeli dengan duit sendiri sebab kalau beli guna duit sendiri nie, kita akan lebih hargai...pasal duit tue kita yang simpan...nak kata duit takdek tue, alhamdulillah, sekarang nie, kalau nak beli DSLR Canon 1000D tue, sangat2 mampulah...hehe...eh2, bukan berlagak yer...saya tahu, awak orang punya saving sah2 la lagi banyakkan...=)

*Saya nak yang 1000D je sebab sesuai untuk beginner macam saya nie...tapi banyak kat kedai dah takdek...='(*

Kenapa nak sangat DSLR nie?? Sebab saya minat la...since alhamdulillah, pelajaran saya masih dalam keadaan stabil sekarang nie, jadi, saya teringin jugak nak ada kemahiran lain...takkan la nak duk mengadap buku 24 jam setiap harikan...yer la, sekurang-kurangnya, bila ada kemahiran lain nie, mungkin kita boleh tolong orang lain...contohnya, saya reti berenang, mungkin, waktu tue saya ader kat beach, then, tetiba saya nampak ada orang lemas, saya boleh tolong...insyaAllah...haaa...tengok, dah kita buat satu amalan mulia di situ...=)

If saya ada kemahiran jadi photographer nie pulak, mungkin saya boleh jadi photographer untuk majlis kahwin akak saya ke, sahabat saya ke...who knows...masa tue, diorang pun boleh jimat bajet diorang...ye tak, ye takk?? =D

Tapi itulah, mungkin fitrah manusia, kehendak tue melebihi keperluan yang sepatutnya...jadi sifat ingin memiliki pun mula bermaharajalela...jadi, sebab itulah jugak sampai sekarang nie saya tak memiliki DSLR sendiri lagi...sebab bila duk sorang2 and fikir balik apa yang perlu and apa yang tak perlu, DSLR mula berada di tangga bawah...tapiiiiiiiii....impian saya untuk memiliki DSLR sendiri, takkan pernah padam...insyaAllah, bila semua hal yang lebih penting dah selesai, insyaAllah, saya akan beli jugak DSLR nie..."Encik DSLR, kamu akanku beli jugaaakkkk...jangan risau yer...yang penting, awak kena tunggu saya...=) "...wahhh...kat En.Kumbang pun saya tak cakap macam nie...hehe...=D

Oklah, sampai di sini saja dulu...moga-moga kita ketemu lagi yer...insyaAllah...wassalam...=)

p/s : tetap setia menunggu Encik Kumbang balik...insyaAllah...=)

*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*