Assalamualaikum...=D
Alhamdulillah, sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, sudah tamat 1 sidang pengajian saya di USM...universiti yang menjadi tumpuan ramai orang...syukur ke hadrat Illahi kerana diberi banyak peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di sana...bersyukur juga kepada Dia, berada di USM, mengajar saya erti kehidupan...berada di tempat orang, bukan senang...banyak yang perlu kita hadapi sendiri...tapi syukurlah, dengan kehadiran sahabat-sahabat dan teman disisi, menguatkan lagi diri ini untuk terus berdiri menghadapi setiap cabaran yang datang...=) Warkah yang ingin saya coretkan ini, bukanlah ingin meminta simpati mahupun empati...saya hanya ingin meluahkan rasa di hati ini...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada sahabat-sahabat, kehadiran kalian menceriakan hidup saya...kalian mengajar saya tentang banyak perkara...bersama sahabat-sahabat, saya merasakan saya lebih dekat dengan-Nya...bersyukurnya diri ini diperkenalkan dengan sahabat-sahabat seperti kalian yang sangat memahami dan penyayang...meskipun kadang-kadang, kata-kata tidak senada, pemikiran berbeza-beza, tapi kita tetap bersatu...ramai yang cemburu dengan persahabatan kita, namun, kita tetap terus bersama kerana ukhuwah yang kita bina adalah satu ikatan yang kuat...insyaAllah...=)
Sahabat, saya berharap kita akan bertemu lagi pada sidang hadapan kerana saya ingin terus berjuang bersama-sama dengan kalian...bukan tidak mahu mengenali orang lain, tapi untuk mewujudkan dan mencari persamaan itu, bukan senang...saya juga berharap, kita akan sama-sama berjaya dalam peperiksaan akhir yang baru berlalu ini...masih segar di ingatan saya, bagaimana kita semua melawan nafsu untuk tidur, disaat hari peperiksaan kian menjelma...banyak cabaran yang diberi dan alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dengan baik...alhamdulillah...=)
Sahabat, andainya satu hari nanti langkah kita mula tidak sehaluan kerana terikat dengan tanggungjawab masing-masing, saya harap, dalam hati kita semua, sentiasa akan terpahat satu memori kita bersama...insyaAllah...maafkan saya sekiranya sepanjang persahabatan kita ini, saya ada banyak melukakan hati kalian...sekiranya saya ada menegur tentang sesuatu perkara, itu bukan untuk memalukan kalian tetapi adalah untuk kebenaran...terima kasih sahabat-sahabat kerana sudi mewarnai hidup saya...=)
*Nabilah, A'lawiah, Aifa, Sarah, Fahana = Ulala*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada teman pula, kehadiran kamu membahagiakan hati ini...meskipun baru mengenali kamu, tapi kamu banyak memberi erti dalam hidup saya...terkadang ada perselisihan faham yang berlaku kerana hati ini sukar untuk mengerti kamu...maafkan saya...banyak khilaf yang saya lakukan kepada kamu...saya hanya ingin bersikap jujur kerana saya tidak mahu membelakangi kamu dalam setiap apa yang saya lakukan...teman, selain daripada Allah, umi ayah, keluarga, sahabat-sahabat dan guru-guru, ada satu tempat di hati ini yang hanya disediakan untuk kamu...=)
Teman, saya memohon maaf kerana kehadiran saya, sentiasa membuat kamu risau...banyak masalah yang timbul disebabkan saya...teman, salahkah andainya saya ingin membantu menyelesaikan masalah orang lain?? Saya hanya ingin membantu kawan perempuan saya...tidak lebih pun kerana saya tahu apa yang dia rasa bila dilakukan sebegitu oleh seorang insan yang bernama lelaki...saya mohon pengertian daripada teman...saya tidak mahu kerana hal ini, kita mula berjauhan...saya sangat sayangkan hubungan ini...
Teman, andainya saya betul-betul mengecewakan kamu, saya mohon berundur diri kerana saya tidak mahu kamu terluka disebabkan saya...saya ingin melihat insan yang saya sayang sentiasa bahagia...andainya tiada kepercayaan, apalah gunanya kita meneruskan hubungan ini...biarlah hanya Dia yang tahu segala-galanya...bukan saya mahu menggunakan nama Dia tetapi ini hakikat...saya betul-betul sedih bila insan yang saya sayang tidak percaya dengan hakikat yang saya nyatakan...saya minta maaf teman kerana saya mungkin telah kecewakan kamu...saya hanya ingin bersikap jujur pada kamu dan diri sendiri...bukan saya berputus-asa tetapi saya sudah tidak tahu untuk menerangkan kepada kamu tentang kenyataan yang sebenarnya...saya minta maaf...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekali lagi kepada sahabat-sahabat dan teman, maafkanlah diri ini kerana terlalu banyak kekurangan yang harus diperbaiki...kerana kelemahan yang ada pada diri ini, banyak hati yang terluka...maafkanlah...
Wassalam...
*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*
hurm...terima kasih ana...muah3...syg ana sgt2!moga ukhuwah kita tetap mantap, insyaAllah..
ReplyDeletedan utk 'teman' tu, tabahkan hati..Allah datangkan ribut, taufan n hujan dulu, nanti Dia akan kasi pelangi yang indah utk ana...itupun kalau ana sabar n tabah selalu k..insyaAllah...
~sama-sama nabilah...syg kamu jugak...=) muah3 jugak...=)
ReplyDelete~insyaAllah, mudah-mudahan mcm tue la...aminnn...=) thankiu lg skali nabilah...love u...=)