Assalamualaikum...=)
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog hari nie...hari nie saya nak bercakap tentang musuh sebab, saya masih confuse kenapa masih ramai orang menganggap, bila kita nak berkawan dengan ex-girlfriend/boyfriend kita, bermakna kita nak bermusuh dengan ex diorang tu...do you get what I mean??
Okay, pada pendapat saya, musuh merupakan seseorang yang sentiasa ingin melihat kejatuhan kita dan tidak pernah berasa senang apabila melihat kita senang...dia akan sentiasa memikirkan bagaimana cara supaya kita tidak akan pernah maju ke depan...okay, itu pendapat saya la...apa pula pendapat kalian??

Seterusnya, saya sangat tak bersetuju bila ada orang cakap macam ni : "Eh, buat ape awak nak berkawan dengan ex saya?? Tak payah la...kang tak pasal2 awak pegi serang dier pulak...tak payah la eh..."...then, makwe/pakwe dia jawab : "Eh, awak nie, ape pulak saya nak pegi serang dier?? Engat saya nie kejam sangat ke nak pegi serang2 orang nie...lagipun, banyak lagi keje lain yang boleh saya buat drpd duk pegi serang orang nie"...okay, abis...apa pendapat kalian bila makwe/pakwe kalian cakap macamtue?? Maksud saya, tak bagi kalian berkawan dengan ex diorang...

Nie pendapat saya la kan, kenapa perlu takut?? "Awak, saya nie nak berkawan je pun...lagipun, nanti bila kita kawen, diorang akan jadi kawan saya jugak kan...apalah salahnyer kalau saya kenal diorang dari sekarang"...pada saya, tak kisahlah pakwe saya tue dah pernah kapel 10tahun sekalipun dengan ex dia, saya takkan jadikan ex dia musuh saya...percayalah, if kamu bermusuh dengan seseorang itu, kamu takkan bahagia dan berasa tenang sebab seperti saya cakap tadi, kamu sentiasa akan fikir, bagaimana cara untuk membalas dendam atau menjatuhkan dia...
Kalau tanya pendapat saya, saya suka berkawan dengan semua orang, nak kata friendly sangat tu, takdeklah, tapi saya bukan jenis yang suka nak bermusuh dengan orang sesuka hati...walaupun orang tu dah buat jahat macam mana sekalipun kat saya, insyaAllah, saya takkan bermusuh dengan dia...sebab mungkin, dia belum sedar kesilapan dia atau mungkin, saya ada buat salah yang menyebabkan dia marah dengan saya...mungkin itu lumrah...tapi if kamu tak suka orang tu, tak payah la berkawan dengan dia...habis cerita...tak payah la fikir macam mana nak balas dendam ke apa ke...buat serabut kepala je...tak payah tambahkan dosa diri sendiri...okay?? Sentiasalah berfikiran positif...

Saya cakap macam nie, bukan sesuka hati saya je tapi, sebab saya dah alami beberapa kali dah...niat saya nak berkawan je pun...tapi alhamdulillah, sebab ada jugak yang bagi feedback yang positif...alhamdulillah, kami masih lagi contact each other walaupun jarang-jarang...biasalah, semuanya dah makin sibuk...tapi tak pe, yang penting, masih berkawan dan bukan bermusuh...dan alhamdulillah, kerana diri ini masih belum ada musuh...=)
Akhir kata, berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu dan jangan sesekali mencari musuh dan menjadikan diri kamu musuh kepada orang lain...kadang-kadang, musuh boleh menjadi sahabat yang paling baik untuk kita kerana musuh menunjukkan di mana kelemahan kita yang sebenarnya, dan dari situlah, kita dapat perbaiki kelemahan kita...insyaAllah...=)
Mudah-mudahan, hubungan yang terjalin antara kita dan teman kita, takkan menyebabkan orang lain menjadikan kita adalah musuh mereka hanya kerana sifat cemburu...aminnn...=) And bagi saya, kita nie bukanlah sesiapapun sampai nak menjadikan seseorang tu musuh kita...jangan susah dan bebankan diri sendiri...banyak perkara yang lebih bermanfaat yang boleh kita buat...

Sampai di sini sahaja...moga ketemu lagi...insyaAllah...wassalam...
p/s : -sedih bila tak dapat menjalinkan persahabatan dengan seseorang...tapi takpe, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik...insyaAllah...=)
-dan kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan saya, saya mintak maaf...yang pasti, saya tak pernah menganggap dan menjadikan kamu musuh saya...=)
*jaga hati, jaga iman, jaga akhlak*
mace pehe je....
ReplyDelete~eh, paham ape nabilah???
ReplyDelete